Pages

Gurlzz

Be yourself what ever you are. Sincere is important. Smile always. Value yourself. With that, you'll have appreciation of the aesthetic due your bravely. Work hard, work smart.

Wednesday 4 December 2013

SAJAK (TEMA:KEMANUSIAAN)

Ketika duduk bersendirian
Kelihatan seorang anak kecil
Sedang leka bermain
Terlihat senyuman manis terukir di bibir

Di sudut lain
Terlihat seorang anak kecil
Berlari terjengket-jengket
Melarikan diri daripada kehidupan yang sempit

Pengeboman berlaku dimerata tempat
Mayat-mayat bergelimpangan
Tanpa membezakan kecil atau dewasa
Mahupun lelaki atau wanita

Mengapa harus berlaku suatu kejadian
Penyeksaan demi penyeksaan
Dimanakah letaknya nilai kemanusiaan
Yang harus dititikberatkan sesame insan

Monday 17 December 2012

OMG !

OMG !! Why?? Sebab keputusan PMR da nak keluar !!! Gila tak nervous aku ! Hish,,, tak senang duduk rasanya. Takut yang amat sangat smpai tak tahu nak cakap apa. Ibu relaks je cakap, "Sekuran-kurangnya, kakak takde la sampai dapat 1A je.. " Tenang sikit hati. Tapi, ayah diam je. Sebelum ni pernah jugak terdengar ibu pesan, kalau tak dapat keputusan baik, ayah suruh masuk asrama. OMG lagi !! *papp* #tepukdahi. Ape seyh... Gua memang tak suka betul la control2 mcm ni ! Dulu ada jugak aku mohon Sains Batu Pahat. Memang aku nak sangat sekolah kat situ. sekolah baru la katakan. Tak tau dapat ke tak. Separuh hati kata nak. Yelah mana tau dapat jumpa mamat baru.. Untung2 yang kaya... <-over  suda.. #sorry. Separuh hati pulak cakap tak nak. aku tak suka hidup terkongkong macam tu.. siap ada schedule bagai.. memang tak betah ar,, lagi satu, sekolah tu dekat dengan kubur. So, keluar la ayat2 tak best dari mulut kawan2 aku.. (yang pasti aku taknak dengar tapi terdengar gak) Bila dah dengar ayat2 yang menggerunkan lagi menyeramkan, aku pun mula la tak sedap hati, tak sedap badan. Plan asal, kalau dapat surat tawaran tu, aku nyorokkan je dulu sebab tak sedia dan takut punya pasal.. tapi sekarang, bila aku fikir2 balik, why not? macam best je bila masuk sekolah tu. boleh bina hidup baru dan kenal kawan2 baru. bak kaa orang, baru thrill.. hahaha.. pada amatan aku, aku bukan la someone yang suka adventures tapi lepas baca novel (pengaruh kuat dari novel sebab fanatik sangat denagn novel) aku pun terasa macam nak keluar dari kepompong.. (pekan aku ni la). sebab aku dah bosan dengan muka yang sama je.. lagipun, mamat2 senior yang hensem2 pun da blah lepas SPM. yang ada pun nesxt year, budak2 form4  yang aku tak berkenan sorang pun. Menambahkan keboringan yang sedia ada. Tapi, kalau dah tak dapat sekolah SBP tu, nak buat macam mana. Aku belajar je la macam biasa kat sekolah ni. Lagipun, perlu ke aku kejar cinta saat ni? Aku rasa tak perlu. Cukuplah yang aku lalui sebelum ni.
Berbalik kepada result tadi. Lega la walaupun sikit bila ibu cakap camtu, Bunyinya macam tak la mengharap sangat aku dapat straight A's. tapi aku tetap waspada. Bayangkan, aku boleh mimpi dapat 7A ? Lepas tu ibu membebel jugak lepas tu. Tapi, tu mimpi je.. ape yang boleh dia buat?? hahahhaa.. hanya mainan tidur. sebab takut sangat tu yang terbawak2 ke dalam mimpi..
Aku sangat berharap agar dapat capai semua A dalam keputusan aku tu nanti. Amin...

Wednesday 10 October 2012

Speechless

Waktu sentiasa sahaja berubah... mentari tak pernah lupa menjenguk alam setiap pagi. apabila malam mnjelma, matahari trbenam, mmberi kebenaran bulan utk mengganti. masa seakan pantas berjalan. tanpa aku menyedari, bulan bersilih ganti. meninggalkan aku bersendirian didlm kotak hati. ombak sentiasa melamar pantai. lalu mmbawa kepinagn hati. angin yg bertiup, seakan menjerut perasaan. hujan yg kadangkala timbul, seakan mengetahui rahsia hati. hati yg sepi, sunyi.. tiada sesiapa mengetahui.. disebalik senyuman yg terukir, pasti ada air yg mengalir. namun hanya turun didlm hati. 
dan aku masih kekal begini.. tanpa ada rasa simpati.. dia meninggalkan aku sendiri. mncari pengganti.. utk dijadikan cinta sejati. tapi aku masih berdiam diri. biarkanlah... biarkan.. luka ini tetap sembuh juga satu hari nanti..

Upset

"Aku sayang kau". itu je yg bole aku cakapkan. memang betul pun.. dan utk kikiskan perasaan tu,,, mmg susahla truly cakap. aku da agak da kau akan buat action tu.. thanks la.. aku akan sentiasa rindu kau. nasihat aku, "bercinta pada yang mahu, berkasih pada yg sudi". if dy da taknak kau, angkat kakilah.. chow.. da terang lagi bersuluh kut dy x appreciate.. aku bukan apela.. cume kesian tgk kau.. tak kesah la kau nak cakap aku menyibuk ke, nak cakap tu bukan urusan aku ke,, tapi kebahagiaan kau, kebahagiaan aku gak. taknak tgk kau sedih2 kne2 lagi kau da nak SPM.. aku harap, kau akn bwt yg terbaek & dpt kehidupan yg bahagia.. itu je.. even bukan aku org yg bwt kau bahagia.. mmg tak akan prnah pun kan?? so good luck la.. kau sentiasa ada dihati aku~~

from: miss missing mrs & miss mister

Friday 5 October 2012

PMR 2012

There was a long time since my last updates.. da lama tak blogging.. mcm2 nak story sbnrnye.. selasa ni, PMR.. aku takut la.. takut tak dapat jawab. takut tbe2 otak jam. jwapan yg aku bg salah. habislah~~ aku harap2 & berdoa agar bnde2 tu x terjadi.. Aminn... aku pun takut if tbe2 flu aku yg slalumenyerang ni dtg.. aku kalau da selsema, mmg rse cm nk marah org je.. tak selesa sgt.. otak pun tak dpt fiir dgn baik.. aku pun harap2 sgt kesihatan aku baik spnjg peperiksaan tu. hati tenang, otak cerdas.. kalau nk diikutkan, sume subjek aku tgh cemas skrg ni.. tp, ble dipujuk2 hati, a few la yg aku resah & gelisah. espicially for the 3 emergency subject, my english, science & history coz 3 sbjek ni waktu last exam aritu aku dpt B. aku doa agar aku dpt la straight A's. dapat banggakn parents, balas jasa guru, & harumkan nama sekolah. itu je aim aku.. aku pun sbnrnye xde hati nk msok asrama.. just mohon je.. if sngkut, frame kan je surat tawaran tu.. (hukhuk) so now, anyone that read my entrance, i hope sgt2 u can pray for my success will ya? thanks for the kindness & only Allah can repay for it.

Wednesday 4 July 2012

Confius

Hari ni, aku nak ngadu kat blog aku ni.. Sebenarnye aku rasa keliru, konfius.. aku pening kepala. Kisahnye mcm ni.. Aku dah tak suke dengan lelaki tu lagi.. Ianya disebabkan byk faktor.

  • Aku dah malas nak kejar2 dy ag
  • Aku dah takde perasaan kat dy
  • Aku taknak jadi "perigi cari timba"
  • Dia layan perempuan dgn mesra giler
Tu la sbbnye.. Ni pun trjadi bile cuti 2 minggu hari tu.. Aku dah tak suke dy lagi.. Dah clean da.. Tapi, kenapa aku mcm masih ske kat dy.. buktinye, aku still intai2 tgk dy.. Nak tau dy bwt pe.. Dan yg terakhir sekali, aku mcm nmpk perempuan tu pegang pipi dy.. Well , aku pun taknak la tuduh2 sbnrnye kne2 bab pegang2 ni.. Tapi yg pasti, waktu aku nmpk, aku terkejut gyler.. Aku rse geram sgt.. Mcm ade bunyi "dup" kt dlm dada.. Aku rse mcm semua org tgh pndg aku waktu tu.. Aku rse sume bnde yg aku bwt tak menjadi.. Aku hmpir2 terjatuh waktu nmpk scene tu.. Ntah knapa & mcm mne, aku rase perasaan aku tak kena. Dan last sekali, aku toleh tempat lain & buang ingatan tntg kejadian tu jauh2.. Aku dah aim pada diri sendiri utk lupekn dy..

-miss sakit hati-

Saturday 23 June 2012

Takdir Cinta Kita


                          Bab 1

Dia pening memikirkan kerjanya yang masih belum siap. Dari awal pagi
sehinggalah sekarang, kerja-kerja itu masih menimbun. Dia perlu menyiapkan beberapa tugasan lagi sebelum semuanya diserahkan kepada bosnya hujung minggu ini.
               “Hai.. Tak balik lagi?” sapa Adam, rakan sekerjanya yang juga masih berada disitu; juga seperti
dirinya. Ingin menyiapkan tugasan yang perlu dihantar.
               “Aku punya belum siap lagi. Kalau kau nak balik, kau balik la dulu”, jawabnya sambil matanya
tidak lepas daripada skrin komputer. 
                Adam tersenyum. Dia kenal benar perangai kawan baiknya yang seorang itu. Selagi kerjanya
belum siap ataupun dia belum berpuas hati, tidak perlulah mengajak dia pulang. Pasti dia tidak akan berganjak.
                “Ok lah. Aku balik dulu. Kau pula jangan balik lewat sangat. Aku dah mengantuk ni. Kalau ada
apa-apa, call aku”, pesannya sebelum meninggalkan Shahrul. Kini Shahrul bersendirian di dalam office besar itu. Apabila jam berdetik pukul 10, dia mula mengemas barang. Dia harus segera pulang. Tidak elok pula berlama-lama disitu. Bimbang sesuatu menyeramkan akan terjadi. Segera dimatikan lampu, kemudian beransur pulang selepas memastikan semua pintu dikunci.
                  ♫♫-------------------------❤❤--------------------♫♫
Dia menghayunkan langkah menuju ke kereta yang diletakkan jauh dari bangunan. Tadi pagi dia
datang lewat sedikit menyebabkan parking penuh. Untuk tidak membuang masa, dia meletakkan kereta dimana sahaja asalkan dia dapat masuk ke office dengan segera. Akibatnya, dia perlu berjalan jauh untuk ke kereta.
                             Langkah dilajukan. Tiba-tiba, dia terdengar jeritan meminta tolong yang datangnya dari seorang perempuan. Dia segera mencari dari mana punca suara itu dan dia terlihat seorang  lelaki sedang melarikan diri sambil membawa beg. Tanpa berlengah, dia segera mengejar lelaki yang disyaki seorang peragut itu. Peragut itu berlari laju lalu menuju sebuah lorong. Tanpa diketahui, Shahrul masih mengejarnya dari belakang. Apabila lelaki itu berhenti untuk melepaskan lelah, Shahrul terus menendang lelaki tersebut menyebabkan lelaki itu jatuh tersungkur. Kemudian, lelaki itu segera bangun. Dia ingin menyerang Shahrul tetapi, Shahrul berjaya mengelak. Tumbukan tersasar mengenai angin, lalu Shahrul mengambil kesempatan untuk menumbuk perut lelaki itu. Lelaki itu berasa senak dan lemah tetapi Shahrul terus menyerang. Dia telah membuka langkah. Mengaplikasi seni silat yang telah dipelajarinya sejak kecil. Peragut itu sudah tidak berdaya. Akhirnya, lelaki itu melarikan diri. Segera dicapai oleh Shahrul beg tangan yang sempat dicampak oleh lelaki itu. Dia ingin mendapatkan pemiliknya dan ketika menoleh, dia baru perasan yang terdapat seorang gadis disitu yang sedang memerhatikannya. Gadis itu kelihatan kagum sekali sambil matanya terkebil-kebil melihat Shahrul.
               Shahrul mendekati gadis itu.  Gadis itu merenungnya dalam keadaan cahaya yang samar-samar kerana mereka berada di sebuah lorong. “Ini beg awak”, ucapnya sebagai pembuka kata.  Gadis itu langsung mengambil beg tersebut dari huluran Shahrul. Dia tersipu-sipu, antara malu bertentang mata dengan Shahrul ataupun terharu dengan pertolongan lelaki itu. Dia ingatkan, sudah tiada lagi lelaki budiman pada zaman sekarang lebih-lebih lagi kawasan itu ialah kawasan bandar.
              “Terima kasih,” katanya sambil memandang wajah Shahrul. Sememangnya Shahrul iseorang yang
tinggi lampai jadi dia mendongak sedikit untuk memastikan dia dapat melihat mata Shahrul. Shahrul tersenyum membalas ayat gadis itu sebelum bersuara lagi, “Periksalah dahulu. Mana tau, ada yang hilang.” Gadis itu segera menyelongkar beg berwarna merah jambu itu. Mungkin ingin mencari barang-barang penting untuk memastikan ianya masih berada disitu.
               Setelah selesai, dia mengunci zip begnya. “Tiada apa yang hilang. Semua barang masih ada.
Terima kasih sekali lagi atas bantuan awak. Kalau tak ada awak, mungkin semua duit simpanan saya akan hilang.” Beritahu gadis itu lagi.
              “Tiada apalah. Memang sudah tanggungjawab saya sebagai seorang warganegara yang prihatin,“ ayat itu disambut oleh hilai tawa gadis itu. Kelakar. Ayat itu seperti lebih kepada berangan atau memuji diri sendiri gayanya.
              Shahrul pelik. Apa yang kelakar sangat sehingga gadis itu ketawa sedemikian rupa? Setahunya,
dia tidak buat lawak langsung atau menunjukkan bakatnya sebagai seorang sarkis.  “Kenapa?” tanya Shahrul apabila dia masih tidak dapat mengenal punca tawa gadis itu.
              “Awak ni kelakarlah. Ayat awak tu.. Seorang warganegara yang prihatin la sangat..” ayat itu lebih
kepada mengusik. “Eh, betul apa.. Saya sedia tau menghulur bantuan pada bila-bila masa..” kata Shahrul membela diri. Dia tahu gadis itu sengaja menyakatnya. Dia lalu memalingkan muka tanda sudah merajuk.
              “Eleh,, merajuk pula dia “abang prihatin” kita ni..” pujuk gadis itu sambil menyambung tawanya.
“Huh, nak pujuk ke tak nak ni?” tanya Shahrul meledakkan lagi tawa gadis itu. Adakah patut seseorang yang merajuk pinta dipujuk? Hahaha.. Baginya, ini tidak masuk akal.
              “Iyelah, iyelah.. Janganlah merajuk..” katanya sambil mencuit hidung lelaki itu. Shahrul
tergamam. Gadis itu segera tunduk apabila menyedari tindakannya keterlaluan. Mereka baru sahaja berjumpa tetapi sudah terlebih mesra. “Hari sudah lewat malam. Nampaknya saya kena balik rumah dahulu. Ingin saya hantarkan awak pulang?” kata Shahrul menukar topik. Dia juga harus segera pulang kerana Adam telah pesan untuk cepat balik. Adam sedikit penakut jika bersendirian di rumah. “Huh, nama sahaja lelaki !” ,marahnya dalam hati.
               Gadis itu senyum segaris sebelum menggelang,”tak mengapalah. Saya ada kenderaan. Saya
boleh balik sendiri,”
               “Baiklah kalau begitu. Saya pergi dahulu. Hati-hati memandu.” Ucapan terakhir Shahrul sebelum
Berpaling untuk meninggalkan tempat itu. Gadis itu tersenyum sambil memerhatikan lelaki yang kian menjauh itu. Dia geli hati dengan sikap lelaki yang baharu dikenalinya itu. Nampaknya, dia amat menyenanginya. Apabila lelaki itu semakin mengecil di pandangan matanya, dia juga beransur pulang. Tidak mahu dia berlama-lama disitu bimbang padah pula menanti. Dia melangkah laju menuju ke kereta dan masih tidak perasan yang dia belum pun mengetahui nama “lelaki prihatin” itu.