Pages

Gurlzz

Be yourself what ever you are. Sincere is important. Smile always. Value yourself. With that, you'll have appreciation of the aesthetic due your bravely. Work hard, work smart.

Saturday 23 June 2012

Takdir Cinta Kita


                          Bab 1

Dia pening memikirkan kerjanya yang masih belum siap. Dari awal pagi
sehinggalah sekarang, kerja-kerja itu masih menimbun. Dia perlu menyiapkan beberapa tugasan lagi sebelum semuanya diserahkan kepada bosnya hujung minggu ini.
               “Hai.. Tak balik lagi?” sapa Adam, rakan sekerjanya yang juga masih berada disitu; juga seperti
dirinya. Ingin menyiapkan tugasan yang perlu dihantar.
               “Aku punya belum siap lagi. Kalau kau nak balik, kau balik la dulu”, jawabnya sambil matanya
tidak lepas daripada skrin komputer. 
                Adam tersenyum. Dia kenal benar perangai kawan baiknya yang seorang itu. Selagi kerjanya
belum siap ataupun dia belum berpuas hati, tidak perlulah mengajak dia pulang. Pasti dia tidak akan berganjak.
                “Ok lah. Aku balik dulu. Kau pula jangan balik lewat sangat. Aku dah mengantuk ni. Kalau ada
apa-apa, call aku”, pesannya sebelum meninggalkan Shahrul. Kini Shahrul bersendirian di dalam office besar itu. Apabila jam berdetik pukul 10, dia mula mengemas barang. Dia harus segera pulang. Tidak elok pula berlama-lama disitu. Bimbang sesuatu menyeramkan akan terjadi. Segera dimatikan lampu, kemudian beransur pulang selepas memastikan semua pintu dikunci.
                  ♫♫-------------------------❤❤--------------------♫♫
Dia menghayunkan langkah menuju ke kereta yang diletakkan jauh dari bangunan. Tadi pagi dia
datang lewat sedikit menyebabkan parking penuh. Untuk tidak membuang masa, dia meletakkan kereta dimana sahaja asalkan dia dapat masuk ke office dengan segera. Akibatnya, dia perlu berjalan jauh untuk ke kereta.
                             Langkah dilajukan. Tiba-tiba, dia terdengar jeritan meminta tolong yang datangnya dari seorang perempuan. Dia segera mencari dari mana punca suara itu dan dia terlihat seorang  lelaki sedang melarikan diri sambil membawa beg. Tanpa berlengah, dia segera mengejar lelaki yang disyaki seorang peragut itu. Peragut itu berlari laju lalu menuju sebuah lorong. Tanpa diketahui, Shahrul masih mengejarnya dari belakang. Apabila lelaki itu berhenti untuk melepaskan lelah, Shahrul terus menendang lelaki tersebut menyebabkan lelaki itu jatuh tersungkur. Kemudian, lelaki itu segera bangun. Dia ingin menyerang Shahrul tetapi, Shahrul berjaya mengelak. Tumbukan tersasar mengenai angin, lalu Shahrul mengambil kesempatan untuk menumbuk perut lelaki itu. Lelaki itu berasa senak dan lemah tetapi Shahrul terus menyerang. Dia telah membuka langkah. Mengaplikasi seni silat yang telah dipelajarinya sejak kecil. Peragut itu sudah tidak berdaya. Akhirnya, lelaki itu melarikan diri. Segera dicapai oleh Shahrul beg tangan yang sempat dicampak oleh lelaki itu. Dia ingin mendapatkan pemiliknya dan ketika menoleh, dia baru perasan yang terdapat seorang gadis disitu yang sedang memerhatikannya. Gadis itu kelihatan kagum sekali sambil matanya terkebil-kebil melihat Shahrul.
               Shahrul mendekati gadis itu.  Gadis itu merenungnya dalam keadaan cahaya yang samar-samar kerana mereka berada di sebuah lorong. “Ini beg awak”, ucapnya sebagai pembuka kata.  Gadis itu langsung mengambil beg tersebut dari huluran Shahrul. Dia tersipu-sipu, antara malu bertentang mata dengan Shahrul ataupun terharu dengan pertolongan lelaki itu. Dia ingatkan, sudah tiada lagi lelaki budiman pada zaman sekarang lebih-lebih lagi kawasan itu ialah kawasan bandar.
              “Terima kasih,” katanya sambil memandang wajah Shahrul. Sememangnya Shahrul iseorang yang
tinggi lampai jadi dia mendongak sedikit untuk memastikan dia dapat melihat mata Shahrul. Shahrul tersenyum membalas ayat gadis itu sebelum bersuara lagi, “Periksalah dahulu. Mana tau, ada yang hilang.” Gadis itu segera menyelongkar beg berwarna merah jambu itu. Mungkin ingin mencari barang-barang penting untuk memastikan ianya masih berada disitu.
               Setelah selesai, dia mengunci zip begnya. “Tiada apa yang hilang. Semua barang masih ada.
Terima kasih sekali lagi atas bantuan awak. Kalau tak ada awak, mungkin semua duit simpanan saya akan hilang.” Beritahu gadis itu lagi.
              “Tiada apalah. Memang sudah tanggungjawab saya sebagai seorang warganegara yang prihatin,“ ayat itu disambut oleh hilai tawa gadis itu. Kelakar. Ayat itu seperti lebih kepada berangan atau memuji diri sendiri gayanya.
              Shahrul pelik. Apa yang kelakar sangat sehingga gadis itu ketawa sedemikian rupa? Setahunya,
dia tidak buat lawak langsung atau menunjukkan bakatnya sebagai seorang sarkis.  “Kenapa?” tanya Shahrul apabila dia masih tidak dapat mengenal punca tawa gadis itu.
              “Awak ni kelakarlah. Ayat awak tu.. Seorang warganegara yang prihatin la sangat..” ayat itu lebih
kepada mengusik. “Eh, betul apa.. Saya sedia tau menghulur bantuan pada bila-bila masa..” kata Shahrul membela diri. Dia tahu gadis itu sengaja menyakatnya. Dia lalu memalingkan muka tanda sudah merajuk.
              “Eleh,, merajuk pula dia “abang prihatin” kita ni..” pujuk gadis itu sambil menyambung tawanya.
“Huh, nak pujuk ke tak nak ni?” tanya Shahrul meledakkan lagi tawa gadis itu. Adakah patut seseorang yang merajuk pinta dipujuk? Hahaha.. Baginya, ini tidak masuk akal.
              “Iyelah, iyelah.. Janganlah merajuk..” katanya sambil mencuit hidung lelaki itu. Shahrul
tergamam. Gadis itu segera tunduk apabila menyedari tindakannya keterlaluan. Mereka baru sahaja berjumpa tetapi sudah terlebih mesra. “Hari sudah lewat malam. Nampaknya saya kena balik rumah dahulu. Ingin saya hantarkan awak pulang?” kata Shahrul menukar topik. Dia juga harus segera pulang kerana Adam telah pesan untuk cepat balik. Adam sedikit penakut jika bersendirian di rumah. “Huh, nama sahaja lelaki !” ,marahnya dalam hati.
               Gadis itu senyum segaris sebelum menggelang,”tak mengapalah. Saya ada kenderaan. Saya
boleh balik sendiri,”
               “Baiklah kalau begitu. Saya pergi dahulu. Hati-hati memandu.” Ucapan terakhir Shahrul sebelum
Berpaling untuk meninggalkan tempat itu. Gadis itu tersenyum sambil memerhatikan lelaki yang kian menjauh itu. Dia geli hati dengan sikap lelaki yang baharu dikenalinya itu. Nampaknya, dia amat menyenanginya. Apabila lelaki itu semakin mengecil di pandangan matanya, dia juga beransur pulang. Tidak mahu dia berlama-lama disitu bimbang padah pula menanti. Dia melangkah laju menuju ke kereta dan masih tidak perasan yang dia belum pun mengetahui nama “lelaki prihatin” itu.

No comments:

Post a Comment