Pages

Gurlzz

Be yourself what ever you are. Sincere is important. Smile always. Value yourself. With that, you'll have appreciation of the aesthetic due your bravely. Work hard, work smart.

Saturday, 23 June 2012

Takdir Cinta Kita


Prolog
Panduannya diperlahankan. Sudah dua jam dia memandu. Dia dalam perjalanan ke salah
Sebuah negeri yang berada di utara semenanjung tanah air. Dia telah dipindahkan ke sana oleh pihak syarikatnya. Mahu tidak mahu, dia terpaksa menurut. Sesungguhnya perjalanan itu amat meletihkan. Dia bercadang untuk merehatkan diri sebentar sekiranya berjumpa mana-mana R&R nanti.
                                    ♫♫--------------❤❤------------------♫♫
Ah.. Lega rasanya dapat beristirehat. Walaupun hanya sebentar, namun sekurang-kurangnya,
dia dapat mengembalikan tenaganya kembali. Semasa dia sedang bersiap-siap ingin menyambung perjalanan, dia sempat menghidupkan radio. Kedengaran lagu yang sedang berkumandang. Apabila dia menangkap bait-bait lirik lagu tersebut, dia terus teringatkan seseorang. Seorang gadis yang sangat dirinduinya.
Lalu, memori silam hadir dalam ingatan. Dia terus terbayangkan kali pertama dia berjumpa gadis
tersebut yang kini bertakhta dihati.

No comments:

Post a Comment